24 Feb 2011

Lirik Lagu Kekanda Adinda-Monoloque Feat Atilia

Oh Kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda Kanda mana dengki
Malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahayamata



Dinda belum bersedia
Kanda dah beria-ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda tolong jangan lekas curiga
Lekas cemburu buta
Oh Kekanda Dinda perlu berhati-hati
Tak rela di kongsi


Kanda kerja overtime terlebih masa
Itu yand Dinda harus waspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau  sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar 
Tak perlu bermasam muka


Oh adiwira Dewataku mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja intan permata mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana bagaimana kita nak selesaikannya
Apa keputusannya

Oh Kekanda mari nyawa kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang kita cuba toleransi
Walau kita berjanji sehidup semati kita berlainan
Kanda Polar kutub utara Dinda kutub selatan


Komunikasi sikap toleransi itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang perdana Dinda yang utama
Kanda segalanya Dindalah nyawa

Kita tetap bahagia bila bersama-sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya


                                                        

2 ulasan: